Kertas kerja bagi rancangan pembangunan di bawah bidang kuasa Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Sarawak pada September ini untuk pengesahan.<br /><br />Pengerusinya, Datu Len Talif Salleh berkata draf rancangan tersebut perlu disiapkan menjelang akhir bulan ini dan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
